Tuesday, 14 January 2014
maulidurrasul@21:44
assalamualaikum.
lebih kurang 13 tahun aku sambut maulidurrasul. tahun ni
paling dekat dengan hati. subhanallah, rasa ni, aku taknak rasa ini
meninggalkan aku. tahun ni aku sambut sendiri, jauh dari keluarga, dengan
sahabat sahabat sahaja, tapi kesan dia subhanallah bahagia aku. forum tadi,
seronok sangat. tapi ada satu benda yang aku nak taknak lupa tentang harini. tentang bagaimana cinta bilal bin rabah kepada Rasulullah saw.
bilal bin rabah. dia cintakan Rasullah saw. sangat cinta akan baginda sehingga apabila baginda kembali ke rahmatullah, bilal meninggalkan kota madinah. satu hari bilal mimpikan rasulullah. dalam mimpinya baginda bertanya adakah bilal telah lupa kepadanya. bilal terjaga lalu menangis. bilal kembali ke madinah berjumpa dengan anak saudara rasulullah hassan dan hussin. keduanya merayu bilal untuk azan. lalu kembalilah bilal ke tempat dia selalu azan. "Allahu akhbar" tersenyap satu kota. "asyhadu an laa ilaha illahallah" keluar semua penghuni dari rumah rumahnya. "asyhadu anna Muhammadan Rasulullah" menangis semua rakyat hingga bilal sendiri tak mampu menghabiskan azan itu. subhanallah. cerita ni masih sentuh hati aku setiap aku terkenang. dekat sangat rasanya. tak mampu aku bayangkan kesedihan itu. bless us Allah.
forum tadi ajar aku:
1. aku tak perlu ditemani sesiapa untuk terus belajar.
2. semua benda bermula dari dalam diri aku sendiri.
3. to replace mazmumah's in yourself, start inniating mahmudah's
4. berselawatlah
5. hati menentukkan segala tindakan kita. maka jaga.
moga Allah pelihara.
0 Comments:
Post a Comment