harini aku buat tiga perkara yang sedih tapi aku bangga.
aku uninstall candy crush dari hidup aku. jujur, tak pernah ada satu benda yang ambil masa aku sebanyak game ni. not even my favorite novel.
pertama kali dalam hidup selama 18 tahun, harini aku khatam surah al-kahfi hari jumaat. segan kan? but alhamdulillah.
aku lipat skinny jeans yang paling aku sayang, letak hilang dalam rak paling bawah almari baju. mama kata buat kain kesat je, i said no, it means a lot to me before. mama cakap bagi dekat orang lah kalau camtu, i said no, biar aku sorang je yang berdosa, taknak pass dosa ni kat orang lain. kenangan mahal tu.
sungguh, perubahan tu bukan mudah. tapi sujana kuat, kuat sebab Allah bantu heee. He knows, He listens. Don't lose hope, remember Allah loves you.