Sunday 9 March 2014
sistem binari@17:49

Aku risau tengok duit macam makin kering je. Nak guna pun sayang sebab takut habis. Tapi aku lupa, betul aku lupa. Duit tu bukan milik aku pun. Heh, masih milik Allah. Kalau aku tak guna sekali pun belum tentu dia takkan habis. Logik? Ke tak?

Ingat lagi tak sujana? Masa dekat seminar tauhid matematik? Macam mana ustaz Zul tu kaitkan sistem binari dengan sistem tawakal? Kata dia, semua teknologi contoh komputer, laptop, smart phones dan banyak lagi, semuanya menggunakan sistem binari ni. Sebab sistem ni mudah dan efficient. Cuma guna dua nombor 0 atau 1.

Aku tak reti nak terangkan apa yang aku nak terangkan dalam kepala aku ni. Aku tahu cuma aku tak tahu ayat apa yang aku kena guna.

Bila semua benda yang kita nak buat kerana Allah, buat je. Jerit kuat kuat dalam hati 'bismillahi tawakal tu alla Allah'  serah segala pada Allah. Rezeki milik Allah. Masa milik Allah. Nyawa milik Allah. Udara yang kau hirup milik Allah. Semua milik Allah. Bertawakallah.

0 Comments:

Post a Comment

hi there
press

1-about me // 2-to follow // 3-for links // 4-my archives