Friday 7 March 2014
Tenang itu aku rindu.@17:41

‘Allah dekat mana?’ Allah takde dekat mana mana. Allah itu ada pada rasa. Dekat Allah pada rasa. Jauh Allah pada rasa. Ketenangan tu ada dalam mengingatiNya. Aku gusar, wahai pemilik hati, apakah ini ujianMu?

Man jada wa jada. Ini yang aku belajar harini. Dari satu filem indonesia (lupa pulak tajuk dia apa). Ada satu scene dalam filem tu, seorang guru masuk ke kelas buat pertama kalinya. Selepas perkenalkan diri, dia keluarkan satu parang dan satu batang kayu. Dia potong kayu tu guna parang tu. Terbelah dua akhirnya. Kata dia, man jada wa jada. Man jada wa jada. Man jada wa jada! Bukan kekuatan tangan yang membelah kayu itu, tapi sesungguhnya kesungguhanlah penyebab kayu itu terbelah. Maka berusahalah. Kerana Allah tak memandang hasilnya, Dia ukur usaha kita. Pokok pangkalnya usaha. Jika engkau mahu 4flat, korban tidurmu bersengkang matalah belajar. Jika kau mahu kaya, patahkan tulang empat keratmu terus bekerja. Jadi sujana, fikirlah. Apa pengorbanan untuk ketenangan jiwamu yang kau damba ini.

Allah itu ada, dekat pada rasa, jauh juga pada rasa. Cuma kita yang tahu perasaannya, hanya Allah yang mampu berikan rasa itu. Allah itu ada, satu, Maha Berkuasa. Pembolakbalik hati, pemberi rasa sentuh sanubari. Bangun sujana, buka mata. Langkah, demi langkah. Carilah.


0 Comments:

Post a Comment

hi there
press

1-about me // 2-to follow // 3-for links // 4-my archives