Thursday, 13 February 2014
sahabat@00:32

tadi aku study sikit, dah penat aku belek gallery phone. aku jumpa satu gambar, gambar tu diambil pada hari jumaat. kami borong buku daripada seorang pakcik baik. dalam gambar tu kami semua pura pura tengah membaca. hari jumaat tu, kami nangis sama sama, aku ingat sebab jumaat tu, jumaat yang bermakna. dah tak lama aku kat sini, tiba tiba sebak rasa. nanti dalam lebih kurang 5 ke 6 minggu, kami akan bawa haluan masing masing. syukur aku ya Allah, ada sahabat seperti mereka. yang selalu ingatkan bila lupa, yang selalu kongsi bila ada. apa akan aku jumpa manusia sebaik mereka lagi selepas ini? aku harap doa aku yang satu ini Allah kabulkan. jika tidak, aku mohon kekuatan. pertemuan perpisahan aturan Tuhan. aku harap sebelum detik itu sampai, aku mampu berbakti kepada sahabat sahabat ini. dan apabila detik itu tiba, aku mohon Tuhan hadirkan cebisan ketabahan dalam hati ini. amin.

aduhai sahabat, demi nama Allah, aku harap kesudahan kita kesudahan yang baik. amin.


0 Comments:

Post a Comment

hi there
press

1-about me // 2-to follow // 3-for links // 4-my archives