Monday 16 June 2014
cinta untuk dia.@14:12

aku tak pernah ada real relationship. tapi pernah jatuh cinta, banyak kali kot. entahlah. tapi cuma satu lelaki ni je, yang aku bagi penuh jiwa raga untuk dia. mungkin sebab kita dah 4 tahun berkawan, mungkin sebab cuma dia seorang yang tahu luar dalam aku, sakit baik aku, jatuh bangun aku. mungkin sebab dia, satu lelaki yang aku penuh percaya, cuma dia mungkin. kau tahu cinta bila cuma engkau yang hulur rasa, sakitnya tu macam nak gila. tapi masih, sebab dia, cuma dia yang aku pernah mimpi masa depan bersama. mungkin aku terlalu lapang sekarang hingga aku terlupa perihal yang lebih penting dari dia. aku jadi terarah cuma pada dia. aku lupa semuanya sia sia.

hingga satu hari, sakitnya dah tak terperi.


Tuhan, jika ini peritnya bercinta tanpa balas, apa aku hina kerana tak pernah bersungguh membalas cintaMu?

Tuhan, jika ini peritnya bercinta tanpa balas, apa aku hina kerana masih meminta segalanya dunia dariMu?

Tuhan, jika ini peritnya bercinta tanpa balas, apa aku hina kerana tangisku untuk dia sedang Engkau yang sentiasa bersamaku?

Tuhan, jika ini peritnya bercinta tanpa balas, apa bisa aku masih minta untuk kau pulih aku sediakala, selamatkan aku dari dunia indah yang palsu ini.

Tuhan, terima kasih kerana beri aku rasa. terima kasih kerana masih ada, menyayangi ku. terima kasih atas pengalaman yang punya harga ini. terima kasih kerana temukan aku dengan dia yang ajar aku banyak perkara. baik sungguh Engkau terhadap aku, seorang hamba. aku ingin kembali wahai Tuhan yang penyayang, kerana aku yakin, demi namaMu, Kau takkan biarkan aku terluka. Alhamdulillah.

aku lepaskan dia, dalam jagaanMu. mungkin dia yang kembali, mungkin juga yang lebih baik menanti.

0 Comments:

Post a Comment

perompak@13:58

dalam tiga minggu lepas, rumah aku kena rompak. walaupun tak banyak barang yang hilang, kesannya tetap terasa jugak. aku hilang handphone aku yang belum sampai setahun. handphone hadiah appreciation dari abah. sumpah sedih gila tapi bila aku fikir yang ada benda yang lagi buruk yang boleh jadi, aku jadi bersyukur sebab yang hilang cuma 2 buah laptop dan handphone aku je. keluarga aku selamat, aku tak kena bunuh, dia tak rogol aku, dia tak ambil gambar aku, dia cuma ambil handphone aku je. memang trauma, tapi sebab traumalah aku cari Tuhan aku. mungkin ini panggilan dia, mesti ada hikmah. 

aku baca kat twitter "when Allah took something off your hand, its only because He wants to replaced it with something better"abah ganti handphone aku. mama makin rapat dengan aku, adik adik cuba respect ketakutan aku, along tegur aku baik baik, angah call aku, maklang peluk aku kuat kuat, pakcik makcik datang rumah bagi semangat yang hilang. ya Allah apa lagi yang kurang? apa lagi yang aku nak mintak dari Engkau ya Allah? aku hilang kawan baik yang pernah satu hari dulu bagi makna besar dalam hidup aku. sampai sekarang aku masih sedih, tapi aku tahu ini yang terbaik. aku doa dekat Allah, berilah aku kawan yang bawa aku dekat Kau, aku yakin kau dengar doa aku. dan aku yakin ini perancangan kau untuk aku. aku harap sahabat itu maafkan aku. insyaAllah. 

kami report police tapi apa yang kami harap dari police bukan seperti yang kami jangka. polis tu instead of tenangkan kami, dia persoalkan kenapa aku tak jerit bila perompak tu masuk bilik. dia tuduh aku si mangsa bersubahat dengan perompak tu. aku harap ahli keluarga dia tak perlu alami kes macam ni, sebab aku takut dia tak kuat nak hadapi bila polis lain accuse dia macam dia accuse aku. aku jadi terfikir, kenapa. mungkin dia lupa, kita kerja bukan sekadar nak lepas dekat dunia, tapi dekat akhirat nanti. bila aku dah start tanggungjawab bekerja nanti, aku harap aku tak lupa niat aku untuk kerja dunia dan akhirat. insyaAllah. 

0 Comments:

Post a Comment

lesen memandu@13:47

aku recently working out untuk buat lesen kereta. tapi sedar tak sedar ada banyak sangat benda lain yang aku belajar selain belajar bawak kereta.


  1. i learnt that we have control over our life. kita ada steering kat tangan, clutch, break dengan minyak dekat kaki. nak laju kereta kena tekan minyak, kawal steering, tukar gear. nak masuk parking parking, kena pandai kawal minyak dengan clutch kalau taknak malu terjatuhkan tiang hikmat atau pun risiko kereta mati bum bum bum pretttt. aku perasan aku ada satu perasaan takut bila kereta aku terlalu laju, aku rasa macam ada possibility nak terbalik, terbabas atau terlanggar orang. but then aku yang tekan minyak, aku yang masuk gear 4, aku yang pecut. kenapa aku nak takut? aku ada cikgu yang percaya kat aku, and dia boleh tolong aku. kenapa aku nak takut? 

  2. kita memang manusia yang suka buat silap. tapi lagi banyak kita buat silap, lagi banyak kita belajar. manusia hidup dari tak tahu untuk belajar tahu. sebab tu kita tak boleh expect orang lain untuk terus tahu semata mata sebab kita tahu buat benda tu. kena ingat kita pun dulu, pernah tak tahu. bila kita belajar, jangan putus asa. sebab gagal seribu kali lagi baik dari back off macam pengecut heh. 

  3. sepanjang aku pergi kelas memandu, aku spent 2 jam menunggu turn aku untuk belajar kereta. aku jadi penat and rasa rugi sebab masa aku terbuang macam tu je. jadi i keep a book handy, so i just have two option; to waste my time and feel tired about or read something that worth my time. aku pun banyak tegur tegur orang kat situ, and i realized sebenarnya kita dengan orang lain memang tak sama. aku jadi berharap yang aku boleh bentuk diri aku jadi orang yang boleh respect differences, aku nak buang skepticism yang ada dalam otak aku ni. 

  4. i am a very friendly person, jadi aku tersalah pilih circle. aku ingat semua pakcik pakcik pengajar pemandu ni, semuanya nak mengajar. tapi aku lupa, diorang cuma strangers yang tak pernah talian dengan aku untuk aku percaya dan mereka jugak seorang lelaki. aku selalu lupa apa yang ada dalam otak lelaki. jadi in future aku yakin aku akan lebih berhati hati nak bagi number kat orang or nak start cerita pasal aku dekat orang just because i think i can trust them.

  5. since aku buat lesen sama sama dengan kawan lama aku, aku jadi percaya yang takdir Allah memang perfect. kalau nisa takde, taktahulah macam mana aku nak hadap pakcik pervert. and we couldnt have work out our misunderstanding. aku bahagia, sebab aku baru ingat semula macam mana rasa berkawan dengan dia. 

dulu masa form 5, aku marah dengan dunia sebab ayah aku tiba tiba guna duit yang sepatutnya jadi yuran lesen aku untuk kereta abang aku. aku benci bila tengok kawan kawan dah boleh kesana sini. aku marah bila aku fikir plan aku yang hancur sebab aku takde lesen. tapi sekarang aku tahu, kalaulah aku ambil lesen masa dengan mentaliti budak budak tu, aku tak mungkin belajar apa yang aku belajar hari ni. Alhamdulillah.

0 Comments:

Post a Comment

Wednesday 9 April 2014
cuti he he he@19:59

alhamudlillah, I finished my foundation in science at uitm kampus puncak alam, and already home for few days. I celebrated my birthday yesterday, getting wishes and prayers from friends and family, a present from my mum and loves from everyone hehe. alhamdulillah, I couldn’t be happier 

ive been scared of the thought of being home. because home is always my comfort zone so I  was afraid if I lost all my momentum I built in palam. but I guess I grew up. so much blessings, what else should I expect? before I left palam, I was a bit depressed. I have to leave my inspiration bucket behind, to whom  should I spill my thoughts, who’d listen, who’d already, from whom should I learn? that all went through my brain.

but again Allah taught me another lesson, this time I feel that He wanted to tell me that knowledge is everywhere, everyone could teach you a lesson, and He is simply the best listener. sweet journey  so this is what I learnt from my mum and adik.

mama sibuk buat bantal dan tilam untuk bakal cucu dia, cucu sulunglah katakan (we all has been excitedddd!!!!) dia buat bantal kekabu banyak! untuk tetamu kata dia, kot kot nanti ramai orang datang tengok anak angah, takde bantal nak tidur. for my point of view, bantal is being bantal. apa yang happy sangat fasal bantal? tapi mama goes around saying that she makes a lot of bantal, it might be silly, but that bantal really make her happy. that’s mama. adik pulak ketuk pintu suruh ajar math, I was about to lose my mind. how come benda simple pun dia tak faham! I swear I feel like shouting at her, but she seems struggling to understand I don’t have the heart to make her feel bad. she probably already feel bad enough.  I convince her that it was easy, helping her to break that mental wall, filtering her thoughts about math. and when she finally understand, she smiled like an alien girl I never known before, that is when I learn that I never actually really know who my sister really is.

they taught me on how different perspective could be, how different people would define happiness, how different our brain function as. they both intrigued me into trying to accept and understand. I was being shallow all the time. luckily I have this two person teaching me this important lesson. hikmah tu ada buat orang yang berfikir, alhamdulillah 


0 Comments:

Post a Comment

Friday 21 March 2014
...@12:34

beberapa harini aku sedih. sedih sebab rasa macam keseorangan, rasa tak penting, rasa nak lari dan rasa nak rumah. dekat dekat nak final, biasalah kan semua orang in that focus mode no one’s allowed tu. I totally understand cuma aku rindu berjuang dengan sahabat. sumpah aku rindu, semalam masa solat hajat aku nampak Farah, sumpah Allah je tahu rasa tu. kami tak cakap apa apa, cuma duduk bersebelahan. Farah letak kepala dia atas bahu aku, terus menitis air mata, aku rindu. macam mana bila nanti kami dah betul betul terpisah ruang? tapi buat masa ni, aku nak letak farah, aina dan semua orang dalam hati, cuba rasa yang mereka tak pernah pergi.

semalam dia ambil result spm. I always be there for him, bila ada masalah  aku tolong, semua tips semua buku aku bagi. janji aku pegang, untuk tolak dia terus ke depan. janji aku pegang, supaya dia lebih berjaya dari aku, supaya dia tak jejak langkah salah aku. sumpah aku harap aku antara orang yang pertama yang dia ucap kata terima kasih. sumpah aku harap aku penting untuk dia. tapi aku tahu, perasaan ni salah. ni bukan ikhlas. aku tahu aku tak patut sedih, cuma aku perempuan yang lemah dalam bab perasaan. tulus, aku tak pandai sembunyi apa apa. mungkin senyum, tapi sinarnya takkan sampai mata. aku text dia, dia balas dengan kata yang aku harapkan, tapi kata itu tak sampai ke hati. aku biar text tu tak berbalas. aku simpan rasa kecewa tu. move on kata aku.

aku terfikir. kalau aku sedih dengan benda remeh macam ni, macam mana aku nak hadapi mati sendiri? aku tak dapat bayang kalau aku salah seorang orang yang menyaksikan kiamat depan mata. bagaimana? ibu sendiri mengabaikan anaknya. tinggal pulak kawan? kau nak expect kawan kau tunggu kau ke? tak dapat aku bayang kalau aku masih bersikap sebegini aku lemah hadapi hari sendiri. senang betul kau lupa sujana, biarkan tubuh sendiri tapi hati penuh terisi. kau tak pernah ditinggakannya sendiri. asal kau tak lupa sujana, berlapang dadalah. tinggal sikit lagi baki perjuangan asasi, kuat sujana kuat! 


0 Comments:

Post a Comment

Monday 10 March 2014
kebahagian @20:30

tahu tak engkau, satu negative thought perlukan TIGA positive thoughts untuk padamkan effect engativ tu dekat otak kita. And otak yang paling efficient, berjaya, mantap dan padu adalah otak yang positive! Kajian menunjukkan orang yang positive dan bahagia akan lebih berjaya berbanding orang yang negatif. Kawan saya pernah cakap yang ustazah dia cakap "orang Islam ni tak sepatutnya stress sbb kita ada ALLAH". deep. sentap bak ang. Carilah buku the happiness advantage by Shawn Achor. Bagus sangat. Dia seorang psychologist dari havard yang buat kajian selama bertahun tahun tentang happiness!! Makin dalam aku korek buku ni, makin aku yakin tentang hikmah bersangka baik. Kerana terlalu banyak advantange buat si bahagia dan positive lah Allah ajar kita untuk sentiasa bersangka baik. Belum lambat untuk perubahan. Changes start from yourself! Dalam mencari bahagia, jangan dikorban segalanya. Perlu ada guideline dan garis sempadan. I leave that for you to think about. :)

selamat berbahagia, sahabat :)

0 Comments:

Post a Comment

Sunday 9 March 2014
senyap!@20:22

bila mana kau percaya setiap kata kata yang keluar dari mulut itu menjadi doa, pasti kau takut berkata yang tidak tidak. bimbang pintu rahmat dibuka dan kata kata engkau dimakbulkan. Bila mana engkkau percaya yang kau akan ddiujui dari setiap yang engkau katakan, pasti engkau takut menghakimi salah orang, memandang rendah atau apa juga yang belum kau betul tahu rasanya. Takut bila Allah letakkan 'kata-kata' engkau itu di atas bahu, kau rebah, lemah jatuh. Sebab itu, berdiam diri tu salah satu cara mujadahah. Sebab hukum berdiam diri tu susah. Aku juga belum mampu. Tapi belum mampu tak semestinya tak akan mampu. Perlu masa, perlu usaha. Ayuh!

0 Comments:

Post a Comment

hi there
press

1-about me // 2-to follow // 3-for links // 4-my archives